Alhamdulillah, Ramadhan bakal menjelma. Anak-anak HUZAI sentiasa menantikan ketibaan bulan mulia ini. Pelbagai aktiviti kerohanian ditambah. Suasana lebih meriah saat masa berbuka bersama rakan-rakan. Sehubungan itu, pihak pengurusan melancarkan program Sumbangan Ramadhan 2020 ini bagi menampung perbelanjaan sepanjang bulan Ramadhan 2020. Terima kasih atas sumbangan ikhlas anda.